Wednesday 15 June 2011

Assalamualaikum dan selamat Malam
hey korang.
ni entry ketiga aku setelah aku berjaya terkhatamkan ok ter ya. terkhatamnya membaca Versus karya Hlovate. aku sebenarnya agak kurang minat dengan Hlovate sebab dia punya buku bersambung-sambung. Tp aku tak rasa macam tu kalaw baca SYUD punya karya contohnya Baju Melayu Serindit hijau adalah kesinambungan untuk Untuk Awak Teja Aulia. WHY? mungkin sebab penulisan SYUD lebih relaks berbanding Hlovate but i like both sebenarnya sebab both penulis ni tak pun cerita pasal..pasal ok aku malu nak cakap tp aku rasa semua penulis novel yang lain kena minta tutorial dr dua penulis muda ni sebab buku diorang tak cakap benda-benda org buat kalaw da kawin. Ao ngan Ed'sassin contohnya tak pun diceritakan tengah buat apa pd malam perkahwinan mereka kalaw banding dengan penulis yang lain aku rasa semacam tengah baca novel 18sx pun ada.

ok back to the topic.
setelah membaca versus aku jd teruja dengan dua ayat ni:
1. changing for good is not a crime
2. love-love terbahagi kepada dua iaitu love yang akan halal dan love yang tak halal (kalaw x silap ni tajuk buku)
aku tak nak cakap pasal yang kedua tu sebab aku belom baca bukunya yang sebenar dan aku tak lalu lah nak buat spekulasi sendiri sebelum membaca sendiri. 'No blind pigging'. aku nak cakap tentang yang pertama tentang CHANGING FOR GOOD IS NOT A CRIME. yeah, this is the topic.

sekarang ni makin ramai yang membuat perubahan dari tak bertudung ke bertudung. gud job guys!!

tp masalahnya seramai mana yang berubah tu ikut syariat Islam dan berapa ramai pula yang mendalami sedalam-dalamnya tuntutan bertudung ni. bagi akulah, bertudung bukan semata-mata untuk menutup rambut tp dia semacam satu benteng daripada kita melakukan sesuatu yang buruk. Nak contoh ok aku bagi dengan senang hati... hari tu aku lepak dengan dua orang kawan lelaki, bukan. bukan lepak. atas urusan kerja dan kami merasa sangat lapar lalu singgah makan di satu kawasan yg rata-ratanya pub dan kelab dan aku sebenarnya agak bersyukur kerana orang-orang islam yang mungkin terpergi ke pub ada la peluan untuk makan yang halal lepas keluar dari tempat yang haram. masa da siap makan tu kedua-dua kawan lelaki aku ni saja nak masuk ke dalam pub dan aku pula? jangan fikir bukan-bukan, ya. aku tak masuk pun setelah memikirkan aku bertudung tak la aku nak masuk pub pla kan. now korang nampak tak yang kalaw kita da pakai tudung kita serasa macam malu ja nak buat something yang terok. . tak rasa lagi? korang baca beberapa cerita tentang kes-kes orang bertudung terselamat dr kes rogol.. cari sendiri. google sendiri.
sememangnya kita gembira ramai da yang bertudung tp ingat kalaw kita nak buat sesuatu perubahan jangan secara mendadak. mula-mula cukup sekadar shawl tu da suatu yang cukup baik. lama-lama tengok pula shawl tu nipis atau tebal. jangan mendadak teros pakai tudung bidang 60. hati kita tak ready lagi. even Islam sendiri pun secara step by step diajarkan masa mula-mula sampai...
people talk? ya, manusia memang bercakap and tak pernah berhenti bercakap apatah lagi kalaw kita melakukan sesuatu yang baik. tp since Hlovate da kata changing for good is not a crime jd korang pun tahu apa nak buat kan. tp kalaw korang da feed up sangat suruh ja dia stop .hahha. takla. korang blah ja dr sana dan biarkan dia berkata sendiri.
Ramai yang kata dugaan masa da pakai tudung ni menyakitkan. eh, sapa kata dugaan menggembirakan. dulu masa belum pakai tudung pun dugaan memang menyakitkan., kan. kan, jd walau sekuat mana pun dugaan yang datang kenalah kuatkan iman sikit. tak pa menangis-nangis pun tak pa. nanti kat akhirat takdalah nak menangis lagi. tp satu ja aku rasa kalaw da start pakai tudung jangan pula menyombong dengan kawan-kawan yang belum pakai tudung.

Rasanya untuk entri kali ni, ini ja yang mampu aku katakan.

p/s: changing for good is not a crime -Hlovate

No comments:

Post a Comment