Monday 27 June 2011

JANGAN BUAT DIA PERASAN

Assalamualaikum

A: awak single?
B: ya, saya single. baru ja kena reject dgn si C.

A: why? sy tengok dia macam selalu ja dengan awak
B: Entahlah, tapi bila saya confess yg saya i love u dengan dia, dia kata kita cuma kawan.
A: pervert.
B: eh, jangan kata dia macam tu.
HAPPY


Hey, girls and boys sekalian, pernah tak korang buat seseorang suka kat korang, sebelum tidur send wink-wink, jumpa di pasar buat wink-wink, dia sakit korang hantar wink-wink dan dia pun terus sihat setelah melihat wink-wink tersebut dan akhirnya anda katakan 'no, kita cuma kawan. awak dah salah erti selama ni'. hey, what the ... awak kata macam tu. sapa suruh awak selalu sangat bagi wink-wink dekat dia. dah bila dia confess dia i love u dengan awak, awak kata salah faham pula. dan anda terus berkata, 'awak yang cepat perasan'. betul memang betul dia cepat perasan.  

Jadi sekarang siapa yang salah?

jawapan(s):

1. there is no s after jawapan it will remain jawapan forever. semuanya salah awak sebab awak dah buat dia perasan. kalaw lelaki mungkinlah dia tak tersentuh sangat dengan wink-wink. tapi kalau perempuan sekali kau hantar wink-wink sebelum dia tidur sure waktu tidur dia cuma akan nampak bunga-bunga yang comel, sangat comel. perempuan hati dia selembut kapas. atau mungkin lebih lembut dari kapas.

so sebagai penyelesaiannya aku putuskan

SELAGI KORANG TAK MAMPU UNTUK BALAS CINTA SESEORANG, JANGAN PERNAH BERIKAN DIA HARAPAN

Dan setelah kau buat macam tu, reject dia, siapa akan bertanggungjawab kalau dia bunuh diri atau try bunuh diri, atau dia tak mau hadirkan diri dalam exam. berdosa tau.

Saturday 25 June 2011

KITA MEMFITNAH AGAMA

Assalamualaikum

Korang rasa korang pernah tak memfitnah agama?

perempuan: mana pula, aku tutup aurat, pakai tudung.

lelaki: tak pernah, aku tutup aurat, kalau main bola pun aku pakai seluar panjang. kalau ikut imam muda pun mungkin boleh sampai final

hey, korang sedar tak penampilan ja tak semestinya kita terlepas daripada memfitnah agama. why? sebab kita boleh ja memfitnah agama kita secara tak sedar. well kalaw kita sedar kita tengah memfitnah agama mungkinlah kita akan berhenti tapi kalau kita tak sedar macammana sebab tu aku kata tutup aurat macamana pun kalaw benda lain kita tak tengok kita tak kawal, boleh ja kita tempah diri untuk memfitnah agama.

ustazah aku pernah kata dan sampai sekarang kata-kata beliau masih aku ingat sebab waktu tu mungkin aku tak tidur masa dia bagi ceramah. hehe:

"kalaw tak mampu untuk berdakwah untuk agama, jangan pernah membuat fitnah terhadap agama"

see, kalaw korang tengah mimpi seperti jatuh tangga tu sekali pun akan terbangun kalau dengar kata-kata macam ni. sebab tu aku masih ingat sampai sekarang. dengan kata lain kita sebagai orang islam ni tak boleh berperilaku ikut sedap kita ja, semua benda kita kena jaga. luaran dan dalaman dan biasanya yang dalaman ni adalah yang paling bahaya. ada ja yang tutup aurat tapi mulut bukan main lagi.

bila kita akan buat fitnah terhadap agama? ni antara contohnya:

kalau korang adalah blogger dan korang post something yang berbaur lucah. memang ramai yang akan komen tapi korang tahu tak kalau orang yang bukan islam nampak post korang tu dia akan kata "alah, orang islam pun post video macam ni". kebanyakan agama selain daripada islam biasanya dia dah letak agama islam ni sebagai agama yang baik, yang suci tapi dengan post korang yang lucah tu akan buat diorang fikir islam ni lebih kurang ja pun dengan agama dia. sapa kata ni bukan fitnah. ini fitnah. yes fitnah. fitnah akan berlaku kalau sesuatu yang tidak betul dikatakan dan umpat pula berlaku kalau kita katakan sesuatu yang betul. so blogger sekalian marilah kita berhati-hati dengan apa yang kita post.

p/s: jangan letak gambar tak tutup dalam entry korang. sekali ada org tengok kita pun dapat dosa juga.


Nak contoh lagi? boleh ja sebab memang senang nak bagi contoh.

kalaw kita pergi  bandar dan ternampak satu family ni dalam kedai tengah cari barang. Bapa dukung sorang baby dan tangan kiri pegang sorang lagi anak. Mak tengah mengandung, sorang anak berdukung, dua dipegang dan ada lagi dua tiga orang tengah berlari-lari. sekali pandang bahagianya tengok. Dua kali pandang dan buat scanning betul-betul, biasanya kita jadi kecewa. why? sebab tengok penampilan mereka. Bapa dengan kain pelikat, mak tudung labuh tapi tak pakai dengan kemas, anak pula jangan cakap, berhingus, baju lain seluar lain, selipar pula selipar tandas. Biasalah zuhud. no way, orang macam ni tak paham pun maksud zuhud. zuhud yang sebenarnya kalaw kita pakai yang mahal sekalipun yang penting tiada riak dan takbur dan sekiranya Allah mengambilnya semula kita akan redha. itu maksud zuhud. orang bukan islam yang bertimbun keluar sekeluarga ke bandar naik kereta mahal akan bandingkan anak-anak diorang dengan anak-anak yang keluarganya perasan zuhud. tak pasti tapi besar kemungkinan diorang akan kata " macam ni pula islam, tak bersih ja pakaian, asal tutup aurat". see sekali lagi kita membuat fitnah terhadap agama. tak apalah kalau baju tak baru tak lawa tapi kenalah bersih. Kan islam mensyariatkan agar kita sentiasa bersih, kemas. baru senang nak baribadah. kalaw kita pakai kemas-kemas orang bukan islam pun rasa, indahnya islam, tak baru tapi bersih ja pakaian mereka.

Islam ni indah. Selagi tak mampu berdakwah, marilah kita berusaha untuk mengelakkan diri daripada melakukan fitnah terhadap agama.



ISLAM IS THE WAY OF LIFE

Friday 24 June 2011

BRUNO MARS

It’s a beautiful night,
We’re looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

Well I know this little chapel on the boulevard we can go,
No one will know,
Come on girl.
Who cares if we’re trashed got a pocket full of cash we can blow,
Shots of patron,
And it’s on girl.

Don’t say no, no, no, no-no;
Just say yeah, yeah, yeah, yeah-yeah;
And we’ll go, go, go, go-go.
If you’re ready, like I’m ready.

Cause it’s a beautiful night,
We’re looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

I’ll go get a ring let the choir bells sing like oooh,

So whatcha wanna do?
Let’s just run girl.
If we wake up and you wanna break up that’s cool.
No, I won’t blame you;
It was fun girl.

Don’t say no, no, no, no-no;
Just say yeah, yeah, yeah, yeah-yeah;
And we’ll go, go, go, go-go.
If you’re ready, like I’m ready.

Cause it’s a beautiful night,
We’re looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

Just say I do,
Tell me right now baby,
Tell me right now baby. x2

Cause it’s a beautiful night,
We’re looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you

Thursday 23 June 2011

MATHS IS MEMBOSANKAN???

Assalamualaikum

sapa setuju kalaw aku kata maths itu membosankan angkat tangan... turun tangan.

sapa setuju kalaw aku kata maths itu menyeronokkan angkat tangan... turun tangan...

aku angkat tangan untuk maths tidak membosankan. Why ? sebab aku rasa maths ni benda yang lucu. buktinya:

1. masa korang sekolah rendah, kalau topik penambahan atau operasi bercampur soalan dia berbunyi" Ahmad membeli 100 biji buah mangga, kemudian dia memberikan 3 biji kepada Raju, berapa biji mangga yang masih ada pada Ahmad" perasan tak yang soalan macam selalu aja tak lojik, sapa yang akan beli mangga sampai 100 biji pastu bagi pula cuma tiga biji. haha. Ahmad ada kilang buat jem mangga kot.

tu ja bukti yang aku jumpa setakat ni. mata dah tertutup . tangan taip sendiri. semuanya sebab MILO. bagi student yang akan ambil spm tahun ni, don't you dare get close to this water. ada pil tidur!!


KUMPULAN WANITA

Assalamualaikum 

HATI WANITA
Lelaki dan ada sebilangan perempuan yang tidak setia kepada jantina selalu ja buat streotaip dengan golongan wanita. Lagi gempak ada yang dah senarai beberapa sifat sebagai tipikal perempuan. What the ... . sapa yang letak sebenarnya. kalaw dikaji dengan sebenar-benarnya perempuan ada beberapa golongan.

Golongan A:
Golongan ni golongan biasa. Rating lelaki biasanya bagi 8,9, 10 daripada 10. Perempuan dalam golongan ini biasanya ada rupa paras yang cantik. Fizikal yang sempurna, punya kewangan yang baik means baju dan aksesori yang 'tip top', berkereta yang mewah, educated dan semua ciri yang lain biasanya golongan ini lah yang akan mendahului. Golongan ni juga biasanya akan selalu kata 'tweet - tweet'. Seksi atau tutup aurat sama ja. ada juga orang yang tutup aurat yang aku kenal tetap sentiasa dimasukkan dalam golongan ni. Anda? Tengok cermin besar dekat bilik tu.


Golongan B:
Golongan B ni golongan yang cute mute. Atas bawah, luar dan dalam semuanya pink. Golongan cute mute ni golongan yang biasanya akan updatekan fashion mereka dengan korea ataupun Jepun. Hahaha.. well, golongan ni biasanya masih tidak memahami bahawa iklim Malaysia ni Khatulistiwa. Buat apa pakai cardigan kalaw di Malaysia, panas u know. panas.. kena pula yang pakai tudung. lapis baju yang seksi dengan cardigan panjang lengan warna hitam..

teringat perbualan dengan rakan yang study oversea

Siti: semua baju gaya cardigan

Rama : ye la. Hari tu aku pulang Malaysia, aku pun terkejut baju Malaysia dah sama macam Europe. tp malaysia salji tak turun lagi kan?

KIUT MIUT
Golongan C:
Golongan ni golongan yang akan menghadiri uji bakat ustazah pilihan. Golongan ni biasanya termasuk dalam beberapa senari pilihan menantu hajah-hajah. Golongan yang tutup aurat, jaga tutur kata,semua okaylah. kalaw dorang ada blog, blog mereka akan didominasi oleh entri keagamaan dan kalaw shoutmix orang akan kata 'SALAM UKHWAH'. fine kalau ramai yang letak salam ukhwah dekat message shoutmix korang so mungkin anda dalam golongan ni la kot.

Golongan D:
Golongan D untuk wanita-wanita yang kebiasaannya akan meletakkan prinsip hidup ' tak kahwin pun tak mengapa' atau 'tanpa lelaki pun aku hidup ja sampai sekarang' macamlah dia akan hidup kalaw bapa dia takda. Wanita-wanita ni biasanya akan berniaga secara tetap kalaw tak tetap sebagai peniaga tetap akan berniaga sebagai side income. diorang ni memang kuat. kuat emosi semua kuat.


Golongan D:
Golongan ni kurang sikit aku gemari mereka ni dikelompokkan sebagai wanita yang cool. perempuan tak lawa tau kalaw cool. perempuan tetap kena ayu. perempuan macam ni akan suka pakai topi, baju besar-besar, cakap aku, ang, doh,. Golongan ni jugalah yang akan membenci wanita dari golongan yang lain samaada dr segi pakaian, sifat dan semuanya hingga lah diorabg ja yang cool. Tengok semua negatif kan. ya sebab aku benci golongan ni. perempuan kena jadi perempuan.


Golongan E:
Golongan ni  Muka tak la berapa lawa tapi masih belum tergolong sebagai "huduh'. fizikal yang lain pun sederhana. tak kuat sangat. tidak terlalu lembut. ada sifat boyish sikit means kuat melawan, kuat marah-marah. tak terlalu kaya. blogging dan facebooking ja.kurang keyakinan dalam kehidupan.

so, anda kumpulan mana semuanya anda yang tentukan. cantik fizikal tapi tak cantik hai tak boleh juga. da tutup aurat semua lengkap tapi tak jaga mulut pun tak baik lagi. yang penting wanita kena ikut sunnah nabi dan
al-quran.

Wanita solehah ada penyeri kebahagian. yang akan membahagiakan kita dalam rumah tangga. elok ja aku letak kita macamlah aku lelaki. haha.


ANDA YANG MANA SATU


Wednesday 22 June 2011

ADAB-ADAB BLOGGER

Assalamualaikum


Blog anda


i write what i like. yeah. tapi saya tak kata tak ada orang yang berprinsip i write what i hate.. memang kita boleh ja tulis apa yang kita suka but remember people read apatah lagi buat yang followernya da cecah ribuan. jadi blogger kena ada adab dan ada beberapa adab yang kita harus pegang.

we are blogger and not a 'pencuri'. yes, kita blogger so apabila kita ambil sesuatu yang bukan hak kita kenalah letak link untuk benda yang bukan hak milik kita. Ni selalu ja letak gambar-gambar yang cantik pastu buat-buat lupa pula sapa yang punya gambar tu. tak aci ok. again tak aci.

people read. selagi mana ada orang yang mungkin akan baca blog kita setiap kali itulah kita kena jagan setiap tutur kata kita i mean apa yang kita tulis. kalaw da asyik-asyik memaki hamun, mencarut dan sewaktu dengannya follower setia anda pun akan menyampah dan paling teruk lepas buat beberapa entry korang sendiri pun akan menyampah apa yang korang tulis.. apa yang kita tulis akan menunjukkan siapa diri kita dan peribadi kita melainkan Noor suraya seorang novelis yang mengatakan apa yang dia tulis bukan siapa dirinya yang sebenar.itu yang dia katalah.

Blog anda = diri anda



Laman sosial bukan laman menjaja cerita peribadi awak. ingat orang minat sangatkah kau dating bila, dengan bf yang mana since kau punya bf adalah plural, tadi dating di mana, makan apa. kena pula kau letak nama manja bf(s) kau.
wait. terasa? eh, tak. aku tak letak entry bfs. hahahah

Benda ni bukan sahaja adab tetapi kena masukkan dalam senarai wajib letak sebagai sifat seorang blogger. Jangan letak gambar orang yang tutup aurat kat dalam blog anda. kalau budak-budak ok lagi. tapi kalaw da berubah fizikalnya janganlah letak. why? sebab setiap kali orang nampak gambar tak tutup aurat tu kita pun secara freenya dapat dosa. tak maw kan..

Gunakan ayat yang bersopan santun dan yeah mesti cool  sebab orang yang baca mungkin akan menggunakan emosi yang berbeza dengan emosi kita yang menulis.
contohnya: perbualan aku dan seorang kanak-kanak bernama Balqis

balqis: hai

saya: hai.

balqis: kenal saya lagi? saya balqis.

saya: balqis mana?

balqis: balqis di rumah....

saya: blurrrrr

-BLURR

Tuesday 21 June 2011

PEREMPUAN VS LELAKI

Boy and Girl

Perempuan dengan lelaki banyak perbezaan dan rasanya kalaw kita buat list pun cuma ada beberapa persamaan antara lelaki dan perempuan.

1. Kebanyakan perempuan akan merasa sangat sedih apabila diputuskan dan menangis hingga berbaldi-baldi dan beberapa bulan atau tahun kemudian (bergantung pada kadar recover) mereka akan mengatakan betapa bodohnya kerana menangis atas sebab tersebut. Lelaki pula kebanyakannya berhati kering dan mungkin telah diajar dengan kata-kata (i forget a woman in a minute)

2. Perempuan akan paling bersemangat tidak perlu dipaksa apabila dia diberi mandat untuk mencarikan jodoh dan mendekatkan jodoh. Tapi saya tak. hahhahaha.

3. Lepas tengok korea dan nampak jejaka-jejaka yang lebih cantik daripada dirinya sendiri tetapi masih cool, kebanyakan perempuan akan search di google dan gunakan wajah tersebut untuk semua laman social yg dipunyainya.

4. Perempuan akan merasa puas selepas menangis dan berleter.
girls are cute even when they are crying
5. Perempuan kebanyakannya tak kreatif. Lelaki kebanyakannya kreatif. Ni buktinya kenapa tuhan wujudkan manusia berpasang-pasangan. Hasilnya lebih baik. Kalaw tak percaya meh sini aku tunjukkan pembuktiaanya.

Lelaki = kreatif    - persamaan 1
       
Perempuan = kemas - persamaan 2

persamaan 1 dalam persamaan 2

kreatif + kemas = Great

Great
6. Perempuan kalaw berpegangan tangan berdua dan berpeluk-peluk mesra adalah normal dan menjadi pelik apabila dua orang lelaki berpegangan tangan apatah lagi berpeluk mesra. Are you gay??

7. Perempuan amat jarang layan game yg ganas-ganas dikeranakan rasa kasihan yang meluap-luap. Kebanyakannya adalah menternak dan menghias.

8. Lelaki selalu kata 'kalaw nak kahwin nanti aku nak pilih wanita yang solehah, yang seksi ni jadi gf(s) ja.
 Betapa tak adilnya untuk golongan perempuan... I care. we care. Mana aci macam tu. Lelaki tu da menghisap madu,membuang sepah. perempuan tu pulak da jaga segala-galanya.


9. Apabila menjangkau 25 tahun ke atas perkara yang paling membebankan perempuan adalah Jodoh!!. aku ada 3 tahun lagi untuk mula risau.. Dan apabila menjangkau 25 kalaw tak jumpa jodoh juga kebanyakan perempuan memilih untuk sambung study which is salah satu reason kenapa perempuan belambak ja di U

10. Baca dari no 1.

Wednesday 15 June 2011

Assalamualaikum dan selamat Malam
hey korang.
ni entry ketiga aku setelah aku berjaya terkhatamkan ok ter ya. terkhatamnya membaca Versus karya Hlovate. aku sebenarnya agak kurang minat dengan Hlovate sebab dia punya buku bersambung-sambung. Tp aku tak rasa macam tu kalaw baca SYUD punya karya contohnya Baju Melayu Serindit hijau adalah kesinambungan untuk Untuk Awak Teja Aulia. WHY? mungkin sebab penulisan SYUD lebih relaks berbanding Hlovate but i like both sebenarnya sebab both penulis ni tak pun cerita pasal..pasal ok aku malu nak cakap tp aku rasa semua penulis novel yang lain kena minta tutorial dr dua penulis muda ni sebab buku diorang tak cakap benda-benda org buat kalaw da kawin. Ao ngan Ed'sassin contohnya tak pun diceritakan tengah buat apa pd malam perkahwinan mereka kalaw banding dengan penulis yang lain aku rasa semacam tengah baca novel 18sx pun ada.

ok back to the topic.
setelah membaca versus aku jd teruja dengan dua ayat ni:
1. changing for good is not a crime
2. love-love terbahagi kepada dua iaitu love yang akan halal dan love yang tak halal (kalaw x silap ni tajuk buku)
aku tak nak cakap pasal yang kedua tu sebab aku belom baca bukunya yang sebenar dan aku tak lalu lah nak buat spekulasi sendiri sebelum membaca sendiri. 'No blind pigging'. aku nak cakap tentang yang pertama tentang CHANGING FOR GOOD IS NOT A CRIME. yeah, this is the topic.

sekarang ni makin ramai yang membuat perubahan dari tak bertudung ke bertudung. gud job guys!!

tp masalahnya seramai mana yang berubah tu ikut syariat Islam dan berapa ramai pula yang mendalami sedalam-dalamnya tuntutan bertudung ni. bagi akulah, bertudung bukan semata-mata untuk menutup rambut tp dia semacam satu benteng daripada kita melakukan sesuatu yang buruk. Nak contoh ok aku bagi dengan senang hati... hari tu aku lepak dengan dua orang kawan lelaki, bukan. bukan lepak. atas urusan kerja dan kami merasa sangat lapar lalu singgah makan di satu kawasan yg rata-ratanya pub dan kelab dan aku sebenarnya agak bersyukur kerana orang-orang islam yang mungkin terpergi ke pub ada la peluan untuk makan yang halal lepas keluar dari tempat yang haram. masa da siap makan tu kedua-dua kawan lelaki aku ni saja nak masuk ke dalam pub dan aku pula? jangan fikir bukan-bukan, ya. aku tak masuk pun setelah memikirkan aku bertudung tak la aku nak masuk pub pla kan. now korang nampak tak yang kalaw kita da pakai tudung kita serasa macam malu ja nak buat something yang terok. . tak rasa lagi? korang baca beberapa cerita tentang kes-kes orang bertudung terselamat dr kes rogol.. cari sendiri. google sendiri.
sememangnya kita gembira ramai da yang bertudung tp ingat kalaw kita nak buat sesuatu perubahan jangan secara mendadak. mula-mula cukup sekadar shawl tu da suatu yang cukup baik. lama-lama tengok pula shawl tu nipis atau tebal. jangan mendadak teros pakai tudung bidang 60. hati kita tak ready lagi. even Islam sendiri pun secara step by step diajarkan masa mula-mula sampai...
people talk? ya, manusia memang bercakap and tak pernah berhenti bercakap apatah lagi kalaw kita melakukan sesuatu yang baik. tp since Hlovate da kata changing for good is not a crime jd korang pun tahu apa nak buat kan. tp kalaw korang da feed up sangat suruh ja dia stop .hahha. takla. korang blah ja dr sana dan biarkan dia berkata sendiri.
Ramai yang kata dugaan masa da pakai tudung ni menyakitkan. eh, sapa kata dugaan menggembirakan. dulu masa belum pakai tudung pun dugaan memang menyakitkan., kan. kan, jd walau sekuat mana pun dugaan yang datang kenalah kuatkan iman sikit. tak pa menangis-nangis pun tak pa. nanti kat akhirat takdalah nak menangis lagi. tp satu ja aku rasa kalaw da start pakai tudung jangan pula menyombong dengan kawan-kawan yang belum pakai tudung.

Rasanya untuk entri kali ni, ini ja yang mampu aku katakan.

p/s: changing for good is not a crime -Hlovate

Monday 13 June 2011

Bila tak da duit

Assalamualaikum.

Hai. baru lagi aku post ni ada da post kali kedua. okei korang ingat aku teruja sangat nak post entry la mentang2 aku baru ja start menulis balik? okies tak ya girls and boys sekalian. aku cuma cuma sangat teruja untuk kongsi apa yang aku rasa.

Aku nak tanya korang penah tak rasa kalaw takda duit lagi hari ni masuk mungkin korang akan makan plastik mee segera rumate korang setelah berminggu-minggu korang asyik guna persahabatan untuk memohon simpati rakan tersebut. mesti pernah. okies jangan berpura-pura tak mengaku. ni perkara biasa bagi student tak tau la pla kalaw org da kerja pun masih rasa macam ni terutamanya bagi budak-budak IPG yang akan merasa keterseksaan yang melampau minggu-minggu awal semester.

Dengan mudahnya antara aktiviti yang korang akan lakukan kalaw tak da duit:
1. mata korang asyik jeling kat makanan kawan-kawan rapat korang apatah lagi kalaw rumate korang kena pula kalaw rumate korang makan something yang sedap
2. korang akan secara terpaksanya cuba menjauhkan diri dari lalu blok cafe .. haha
3. yang ni aku tak taw nak komen tp sememangnya ada pernah jumpa kawan-kawan aku dan aku tak segan nak mengaku yang aku pun pernah buat.  ha, berpuasa sunat dan kalaw pompuan yang tak habis lagi qada puasa akan qada masa tu. haha
4. sentiasa cek baki duit di ATM  kot-kotnya FAMA da masukkan elaun bulan ni.
6. yang lain aku rasa aku tak pernah buat lagi kot.


jap no.5. tertinggal:
5. paling last telefonlah penjaga-penjaga anda dan telefonlah sekerap yang mungkin. mulakan dengan ketawa yang mengada-ngada skit. jd dorang pun akan paham. tak perlu jelaskan tp masa tu aku jamin muka korang akan rasa tebal sikit dari biasa ialah da 20 tahun lebih masih minta duit.

p/s: Bulan Ramadhan da dekat. yang belom qada mehlah kita qada habis-habisan

i lovelovelove and love writing

Sebenarnya before ni aku da memang start da dengan dunia blogging ni.. tp kerana usia masih mentah masa 2 dan aku memutuskan untuk stop beberapa bulan dan tak sangka ianya menjadi beberapa tahun. Why? biarlah menjadi rahsia... huuhu. ok seyes aku x paham apa maksud 'huhu' yg selalu org letak tp aku terpaksa tulis juga 'huhu' sebab da macam x sedap bunyi ayat zaman sekarang tanpa this 'huhu'.
Sebenarnya sekali lagi, aku suka menulis. menulis and menulis. dulu aku suka membaca and yes sampai skunk pun aku masih suka membaca dan banyak blog yg aku terletak eh tak memang aku sengaja letak sebagai 'Benda wajib buat sebelum tidor'. Pada aku membaca untuk mencari sesuatu yang baru tp oleh kerana aku mula perasan yg kebelakangan ini aku macam da jumpa beberapa buah buku yg aku tak setuju dengan point2nya maka aku rasa aku nak tulis dan tulis apa yang aku rasa pula. oh ya, aku belom pegang apa-apa title untuk aku mampu tulis something tu sebabnya aku ada dekat sini.
Aku akan tulis pendapat aku. Apa yang aku rasa dan Yes aku bukanlah dari golongan blogger yang akan tulis semuanya pasal bf dia, bila date, td makan apa dan semuanya.. Nak taw kenapa, sebab aku rasa org macam tu semacam ada perasaan nak tunjuk yang dia bahagia. ok mesti bagi korang semacam jeles ja kan, ok itu pendapat korang. Mungkin betul tapi aku tak. yes. aku x jeles. haha.
Mesti korang heran kan bila aku guna Burung pipit . entah aku rasa burung pipit ni binatang yang hampir pupus even aku yang hidup di kampung ni pun jarang da nampak burung ni. Jd sebelum aku terlupa atau kot2 aku hilang ingatan suatu masa nanti dan tak tahu langsung burung ni at least nama dekat blog ni ble buat aku ingat dengan burung pipit. comel tak idea aku. ok kalaw x comel pun aku tak kisah, ni pendapat aku. Bukan korang pun. hehe.
oklah, ni ja buat kali pertama . warming up. x ble berat2 terus.. see ya.