MATHS IS FUN

Page ini saya khas untuk guru-guru dan rakan-rakan bakal guru juga kepada para ibu bapa yang ingin mencari idea mengenai pengajaran matematik. yes. ini semua untuk anda sebab saya taw di Malaysia pengajaran Matematik sangat membosankan dan menyebabkan matematik drop ke list paling bawah carta subjek pilihan kanak-kanak.



Pecahan:

Pecahan merupakan antara subjek yang agak sukar untuk diajar oleh guru dan semestinya agak sukar untuk murid memahaminya. Oleh itu di sini, saya akan menyediakan beberapa aktiviti yang boleh digunakan untuk mengajar pecahan dan seterusnya menarik minat murid untuk memperlajarinya.

1. Set induksi yang menarik

Set induksi yang menarik mampu menarik minat murid untuk mengikuti kelas kita yang seterusnya. Apabila anda ingin memulakan set induksi berkaitan pecahan, berikut merupakan antara aktiviti yang boleh digunakan.

1.1. Resepi masakan

Resepi masakan boleh digunakan untuk memuat set induksi yang menarik. Minta murid cari atau bulatkan pecahan yang mereka temui dari resepi masakan.


Resepi makanan
ok mesti ada yang konfius tentang penggunaanya, so let me explain..

Contoh resepi masakan yang telah ditambahkan pecahan
1. koyakkan resepi masakan dan lekatkan pada kertas kosong yang berwarna adalah digalakkan.
2. Tambahkan pecahan pada beberapa bahan.

macam ni la resepi yang telah diubah

bagi yang berminat untuk menggunakan Adobe Photoshop begini caranya:
1. buka page baru
2. pilih border yang lawa-lawa
3. copy dari mana-mana buku atau web yang ada resepi memasak, salin dan taip di dalam border tersebut.
4. tambahkan pecahan pada beberapa bahan
5. jangan lupa kepilkan bersama beberapa gambar makanan tersebut.
6. tips ini hanya akan berkesan kalau anda rajin.

Maka dapatlah hasil seperti Contoh resepi masakan yang telah ditambahkan pecahan

Dan bagi mengindahkan lagi P&P anda, pada peringkat penutup mintalah beberapa orang murid untuk membentangkan pecahan yang mereka temui.

1.2. Cerita yang ada pecahan
okay masih memerlukan set induksi yang lain korang boleh ja pun gunakan aktiviti bercerita sebagai set induksi korang. sediakan cerita yang bermoral dan menarik semestinya dan selitkan beberapa perkara yang berkaitan dengan pecahan di dalam cerita anda.

contohnya: cerita yang saya telah cipta sendiri

p/s : Apa perasaan korang kalau cikgu yang mengajar bercerita. mesti excited dan berkobar-kobar. tp kalaw cikgu tu start ja buka mulut dan ceritanya tak best dan mendatar ja nada dia, sure korang bohsan. so think of it.
2. Pengajaran

Dalam topik pecahan antara yang paling susah untuk diterangkan dan juga difahami adalah pecahan tak wajar.
konsep telur
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. kertas ataupun apa-apa sahaja bahan. aku gunakan kertas coz of kasihan dengan next generation yang memerlukan alam sekitar untuk bernafas.
2. Bekas telur yang sudah terbuang dan tidak digunakan.

klik untuk cara penggunaan - will be uploaded soon