Assalamualaikum blogger-blogger dan non blogger sekalian
Dah lama juga rasanya tak menulis entry. ya lama sangat sebab sekarang ni aku tengah bersungguh-sungguh untuk menjalani praktikum kali ke dua. tapi aku tak nak kecoh pasal harga minyak kami ke sekolah yang mahal berbanding dengan orang lain . aku tak nak cakap pasal sekolah kami yang terletak jauh nun di pedalaman. tapi aku nak kata tentang guru-guru dan bebanannya.
bila aku ke sekolah, aku tengok guru-guru dia semuanya bersemangat untuk mengajar tapi still ada yang kata guru kaki dera, guru kaki tunggu gaji, guru tugas senang pagi sampai petang. wait. wait. korang-korang yang asyik dok mengata guru ni korang pernah tau tak bebanan mengajar korang yang entah betapa bengapnya dulu2. tak kan. sekarang lepaklah asyik mengata guru. guru antara pekerjaan yang memungkinkan atau memudahkan seseorang menjadi gila. why not? da asyik mengajar korang yang bengap lepas tu bila da berjaya pula asyik mengata guru.
untuk mengajar seorang budak kau kena bijak gunakan pelbagai kaedah. apa? kau kata senang? tak cuba tak tau lagi ya. budak-budak ni creature yang pelik. bila kita tanya paham atau tidak dia akan kata paham. kau bersungguh-sungguh ajar. muka dia pun bercahaya tapi sekali kau bagi ujian ntah apa yang dia jawab melainkan salin soalan semula. kalau jenis ni okay sikit, ada satu golongan creature pelik ni yang sangat susah untuk diuruskan. creature yang ada mulut tapi tau mau buka. kau tanya dia tengok ja muka kau. kau marah macamana pun dia tetap buat muka x ble blah. dan paling teruk creature ni lah yang selalu buat kes ' buang air' dalam kelas.
bebanan itu yang dalam kelas. luar kelas lagi banyak yang menuntut saki baki tenaga guru-guru. kokurikulum program itu program ini, UPSR yang semakin dekat, anak-anak, keluarga , suami, jiran, banyak dan banyak lagi.
oleh itu, aku ada beberapa perkara yang perlu aku rasakan untuk dilaksanakan:
1. Jangan masukkan pendidikan dalam isu politik
2. KPM haruslah ingat tak semua guru tu pandai main, apa kata kpm hantar jurulatih ke sekolah untuk ajar permainan
3. ibu bapa harus prihatin dengan anak-anak. makin nakal anak-anak makin banyak tugas guru
4. anak , suami dan keluarga yang ada guru, tolonglah kurangkan bebanan guru
No comments:
Post a Comment