Tuesday 19 July 2011

Berprasangka baiklah kepada tuhan

Assalamualaikum

Jujur sekali sekarang aku tengah gaduh dengan seseorang yang boleh lah dikatakan sebagai BFF. Pergaduhan ni bagaikan penghujunglah kepada persahabatan murni kami sebab setiap kali aku minta maaf dia x jawab apa pun.Dan. dan. dan. aku pun dengan ini mengisytiharkan 'BERPUTUS ASA'. kadang-kadang apabila sesuatu masalah tak da penyelesaianya maka latihlah diri untuk berputus asa.
ADA LAGI??



memikirkan aku yang mungkin mempunyai kawalan emosi tahap 0 maka aku pun mencarilah terapi-terapi aku of course ni antara terapi-terapi yg masuk dalam list aku:
1. Dibah merangkap rumate aku yg rasanya otak dia da mampat dengan perkongsian masalahku
2. ni la. Blog. 
3. rakan-rakan yang lain? sorry bukan aku tak percaya tapi mungkin keadaannya sudah x sesuai. 

Dalam usaha aku menerapikan emosi dan aku pun tanpa disedari telah menjangkau kaki ke POPULAR. dan aku ternampak sebuah buku ni tajuk dia 'SENYUMLAH' karya Syed Alwi Alatas. buku ni memotivasikan disamping dalam masa yang sama memantapkan iman kita. why? sebab ni contoh-contohnya

dalam salah satu halaman dalam buku ni mengatakan tentang sifat manusia yang suka berburuk sangka dengan Allah. terkejut? jangan sebab kebanyakannya kita sendiri yang melakukan semua. apabila timbul masalah, kita akan kata ' kenapa aku, dan bukannya dia' kenapa masalah ni tiba waktu ni dan bukannya waktu free dan kalau bla bla bla. ni la contoh jelas kita berburuk sangka dengan Allah walhal di facebook selalu ja share kata-kata (Allah x akan hlangkan matahari, dengan mnurunkan hujan melainkan untuk melihatkan betapa indahnya sang pelangi).

IT'S NOT RAINBOW, IT'S A SINGLE RAINBOW ROSE

tahu tak apa pun yang berlaku dalam hidup kita masalah sekecil atau sebesar mana pun semuanya telah Allah tetapkan kepada kita. Why menyusahkan hambanya? sebab kita memerlukan motivasi yang tinggi. manusia ialah creature yg pelik dan lemah. sebab tu ada fakta yang kata baby manusia adalah baby yang paling lemah. semakin banyak masalah yang kita lalui tanpa sedar sebenarnya kita semakin dewasa. dewasa dengan kehidupan.

apabila masalah besar berlaku kepada kita berusahalah dengan sebaik mungkin dan andai kata tidak ada penyelesaiannya maka berhentilah dan jangan pedulikannya. kekadang ada perkara yang memang diluar kawalan kita contohnya jelas sekali pergaduhan aku dan seorang teman ni. aku da minta maaf tapi semuanya tak akan berakhir selagi sahabat itu opsss x ble da guna sahabat, memaafkan.. 

mengakhiri kata: hilang kawan tak pa, jangan hilang Allah

Friday 15 July 2011

MENCARI INSPIRASI

ASSALAMUALAIKUM

lama dah rasanya tak menjengah ke site ni. ya aku tengah busy berpraktikal dan entah kenapa aku rasa praktikum kali ni i'm a bit loss. tak hilang kemana. kena pula sekolah di kawasan pedalaman, Kiulu. kiulu ni kalau dari kota kinabalu korang akan rasa naik bukit turun bukit, berkabus dan jauh. sangat jauh. bayangkan setiap hari aku lalui ni semua, kena pula naik bukit dan telinga berdengung. OMG... memang semput bang, tak tahan.
aku rasa lagi lama aku berpraktikum aku akan jadi doroty yg berselipar merah atau shrek yang hijau...

tapi banyak-banyak mengeluh pun tak baik juga kan.mengeluh-mengeluh aku still pada aku ada yang best di sekolah ni. belakang dia ada sungai Kiulu yang biasanya menjadi tarikan pelancong sebab ada aktiviti rafting yang boleh dilakukan. sungai yang berarus, berbatu dan putih. memang best. dan dan kami berperancangan untuk berpicnic dan bermandi-manda sebelum mula bulan Ramadhan. heyy.. jangan jeles..

sapa boleh teka apa nama sekolah ni? aku bagi hadiah.

tu ja untuk kali ni. nak keluar release tension sambil beli2 xperia dan htc desire s,

Friday 8 July 2011

GURU DAN BEBANAN

Assalamualaikum blogger-blogger dan non blogger sekalian
Dah lama juga rasanya tak menulis entry. ya lama sangat sebab sekarang ni aku tengah bersungguh-sungguh untuk menjalani praktikum kali ke dua. tapi aku tak nak kecoh pasal harga minyak kami ke sekolah yang mahal berbanding dengan orang lain . aku tak nak cakap pasal sekolah kami yang terletak jauh nun di pedalaman. tapi aku nak kata tentang guru-guru dan bebanannya.

bila aku ke sekolah, aku tengok guru-guru dia semuanya bersemangat untuk mengajar tapi still ada yang kata guru kaki dera, guru kaki tunggu gaji, guru tugas senang pagi sampai petang. wait. wait. korang-korang yang asyik dok mengata guru ni korang pernah tau tak bebanan mengajar korang yang entah betapa bengapnya dulu2. tak kan. sekarang lepaklah asyik mengata guru. guru antara pekerjaan yang memungkinkan atau memudahkan seseorang menjadi gila. why not? da asyik mengajar korang yang bengap lepas tu bila da berjaya pula asyik mengata guru.

untuk mengajar seorang budak kau kena bijak gunakan pelbagai kaedah. apa? kau kata senang? tak cuba tak tau lagi ya. budak-budak ni creature yang pelik. bila kita tanya paham atau tidak dia akan kata paham. kau bersungguh-sungguh ajar. muka dia pun bercahaya tapi sekali kau bagi ujian ntah apa yang dia jawab melainkan salin soalan semula. kalau jenis ni okay sikit, ada satu golongan creature pelik ni yang sangat susah untuk diuruskan. creature yang ada mulut tapi tau mau buka. kau tanya dia tengok ja muka kau. kau marah macamana pun dia tetap buat muka x ble blah. dan paling teruk creature ni lah yang selalu buat kes ' buang air' dalam kelas.

bebanan itu yang dalam kelas. luar kelas lagi banyak yang menuntut saki baki tenaga guru-guru. kokurikulum program itu program ini, UPSR yang semakin dekat, anak-anak, keluarga , suami, jiran, banyak dan banyak lagi.

oleh itu, aku ada beberapa perkara yang perlu aku rasakan untuk dilaksanakan:
1. Jangan masukkan pendidikan dalam isu politik
2. KPM haruslah ingat tak semua guru tu pandai main, apa kata kpm hantar jurulatih ke sekolah untuk ajar permainan
3. ibu bapa harus prihatin dengan anak-anak. makin nakal anak-anak makin banyak tugas guru
4. anak , suami dan keluarga yang ada guru, tolonglah kurangkan bebanan guru