Assalamualaikum
Korang rasa korang pernah tak memfitnah agama?
perempuan: mana pula, aku tutup aurat, pakai tudung.
lelaki: tak pernah, aku tutup aurat, kalau main bola pun aku pakai seluar panjang. kalau ikut imam muda pun mungkin boleh sampai final
hey, korang sedar tak penampilan ja tak semestinya kita terlepas daripada memfitnah agama. why? sebab kita boleh ja memfitnah agama kita secara tak sedar. well kalaw kita sedar kita tengah memfitnah agama mungkinlah kita akan berhenti tapi kalau kita tak sedar macammana sebab tu aku kata tutup aurat macamana pun kalaw benda lain kita tak tengok kita tak kawal, boleh ja kita tempah diri untuk memfitnah agama.
ustazah aku pernah kata dan sampai sekarang kata-kata beliau masih aku ingat sebab waktu tu mungkin aku tak tidur masa dia bagi ceramah. hehe:
"kalaw tak mampu untuk berdakwah untuk agama, jangan pernah membuat fitnah terhadap agama"
see, kalaw korang tengah mimpi seperti jatuh tangga tu sekali pun akan terbangun kalau dengar kata-kata macam ni. sebab tu aku masih ingat sampai sekarang. dengan kata lain kita sebagai orang islam ni tak boleh berperilaku ikut sedap kita ja, semua benda kita kena jaga. luaran dan dalaman dan biasanya yang dalaman ni adalah yang paling bahaya. ada ja yang tutup aurat tapi mulut bukan main lagi.
bila kita akan buat fitnah terhadap agama? ni antara contohnya:
kalau korang adalah blogger dan korang post something yang berbaur lucah. memang ramai yang akan komen tapi korang tahu tak kalau orang yang bukan islam nampak post korang tu dia akan kata "alah, orang islam pun post video macam ni". kebanyakan agama selain daripada islam biasanya dia dah letak agama islam ni sebagai agama yang baik, yang suci tapi dengan post korang yang lucah tu akan buat diorang fikir islam ni lebih kurang ja pun dengan agama dia. sapa kata ni bukan fitnah. ini fitnah. yes fitnah. fitnah akan berlaku kalau sesuatu yang tidak betul dikatakan dan umpat pula berlaku kalau kita katakan sesuatu yang betul. so blogger sekalian marilah kita berhati-hati dengan apa yang kita post.
p/s: jangan letak gambar tak tutup dalam entry korang. sekali ada org tengok kita pun dapat dosa juga.
Nak contoh lagi? boleh ja sebab memang senang nak bagi contoh.
kalaw kita pergi bandar dan ternampak satu family ni dalam kedai tengah cari barang. Bapa dukung sorang baby dan tangan kiri pegang sorang lagi anak. Mak tengah mengandung, sorang anak berdukung, dua dipegang dan ada lagi dua tiga orang tengah berlari-lari. sekali pandang bahagianya tengok. Dua kali pandang dan buat scanning betul-betul, biasanya kita jadi kecewa. why? sebab tengok penampilan mereka. Bapa dengan kain pelikat, mak tudung labuh tapi tak pakai dengan kemas, anak pula jangan cakap, berhingus, baju lain seluar lain, selipar pula selipar tandas. Biasalah zuhud. no way, orang macam ni tak paham pun maksud zuhud. zuhud yang sebenarnya kalaw kita pakai yang mahal sekalipun yang penting tiada riak dan takbur dan sekiranya Allah mengambilnya semula kita akan redha. itu maksud zuhud. orang bukan islam yang bertimbun keluar sekeluarga ke bandar naik kereta mahal akan bandingkan anak-anak diorang dengan anak-anak yang keluarganya perasan zuhud. tak pasti tapi besar kemungkinan diorang akan kata " macam ni pula islam, tak bersih ja pakaian, asal tutup aurat". see sekali lagi kita membuat fitnah terhadap agama. tak apalah kalau baju tak baru tak lawa tapi kenalah bersih. Kan islam mensyariatkan agar kita sentiasa bersih, kemas. baru senang nak baribadah. kalaw kita pakai kemas-kemas orang bukan islam pun rasa, indahnya islam, tak baru tapi bersih ja pakaian mereka.
Islam ni indah. Selagi tak mampu berdakwah, marilah kita berusaha untuk mengelakkan diri daripada melakukan fitnah terhadap agama.
ISLAM IS THE WAY OF LIFE |
No comments:
Post a Comment