Showing posts with label Lovelovelove. Show all posts
Showing posts with label Lovelovelove. Show all posts

Monday, 27 June 2011

JANGAN BUAT DIA PERASAN

Assalamualaikum

A: awak single?
B: ya, saya single. baru ja kena reject dgn si C.

A: why? sy tengok dia macam selalu ja dengan awak
B: Entahlah, tapi bila saya confess yg saya i love u dengan dia, dia kata kita cuma kawan.
A: pervert.
B: eh, jangan kata dia macam tu.
HAPPY


Hey, girls and boys sekalian, pernah tak korang buat seseorang suka kat korang, sebelum tidur send wink-wink, jumpa di pasar buat wink-wink, dia sakit korang hantar wink-wink dan dia pun terus sihat setelah melihat wink-wink tersebut dan akhirnya anda katakan 'no, kita cuma kawan. awak dah salah erti selama ni'. hey, what the ... awak kata macam tu. sapa suruh awak selalu sangat bagi wink-wink dekat dia. dah bila dia confess dia i love u dengan awak, awak kata salah faham pula. dan anda terus berkata, 'awak yang cepat perasan'. betul memang betul dia cepat perasan.  

Jadi sekarang siapa yang salah?

jawapan(s):

1. there is no s after jawapan it will remain jawapan forever. semuanya salah awak sebab awak dah buat dia perasan. kalaw lelaki mungkinlah dia tak tersentuh sangat dengan wink-wink. tapi kalau perempuan sekali kau hantar wink-wink sebelum dia tidur sure waktu tidur dia cuma akan nampak bunga-bunga yang comel, sangat comel. perempuan hati dia selembut kapas. atau mungkin lebih lembut dari kapas.

so sebagai penyelesaiannya aku putuskan

SELAGI KORANG TAK MAMPU UNTUK BALAS CINTA SESEORANG, JANGAN PERNAH BERIKAN DIA HARAPAN

Dan setelah kau buat macam tu, reject dia, siapa akan bertanggungjawab kalau dia bunuh diri atau try bunuh diri, atau dia tak mau hadirkan diri dalam exam. berdosa tau.

Tuesday, 21 June 2011

PEREMPUAN VS LELAKI

Boy and Girl

Perempuan dengan lelaki banyak perbezaan dan rasanya kalaw kita buat list pun cuma ada beberapa persamaan antara lelaki dan perempuan.

1. Kebanyakan perempuan akan merasa sangat sedih apabila diputuskan dan menangis hingga berbaldi-baldi dan beberapa bulan atau tahun kemudian (bergantung pada kadar recover) mereka akan mengatakan betapa bodohnya kerana menangis atas sebab tersebut. Lelaki pula kebanyakannya berhati kering dan mungkin telah diajar dengan kata-kata (i forget a woman in a minute)

2. Perempuan akan paling bersemangat tidak perlu dipaksa apabila dia diberi mandat untuk mencarikan jodoh dan mendekatkan jodoh. Tapi saya tak. hahhahaha.

3. Lepas tengok korea dan nampak jejaka-jejaka yang lebih cantik daripada dirinya sendiri tetapi masih cool, kebanyakan perempuan akan search di google dan gunakan wajah tersebut untuk semua laman social yg dipunyainya.

4. Perempuan akan merasa puas selepas menangis dan berleter.
girls are cute even when they are crying
5. Perempuan kebanyakannya tak kreatif. Lelaki kebanyakannya kreatif. Ni buktinya kenapa tuhan wujudkan manusia berpasang-pasangan. Hasilnya lebih baik. Kalaw tak percaya meh sini aku tunjukkan pembuktiaanya.

Lelaki = kreatif    - persamaan 1
       
Perempuan = kemas - persamaan 2

persamaan 1 dalam persamaan 2

kreatif + kemas = Great

Great
6. Perempuan kalaw berpegangan tangan berdua dan berpeluk-peluk mesra adalah normal dan menjadi pelik apabila dua orang lelaki berpegangan tangan apatah lagi berpeluk mesra. Are you gay??

7. Perempuan amat jarang layan game yg ganas-ganas dikeranakan rasa kasihan yang meluap-luap. Kebanyakannya adalah menternak dan menghias.

8. Lelaki selalu kata 'kalaw nak kahwin nanti aku nak pilih wanita yang solehah, yang seksi ni jadi gf(s) ja.
 Betapa tak adilnya untuk golongan perempuan... I care. we care. Mana aci macam tu. Lelaki tu da menghisap madu,membuang sepah. perempuan tu pulak da jaga segala-galanya.


9. Apabila menjangkau 25 tahun ke atas perkara yang paling membebankan perempuan adalah Jodoh!!. aku ada 3 tahun lagi untuk mula risau.. Dan apabila menjangkau 25 kalaw tak jumpa jodoh juga kebanyakan perempuan memilih untuk sambung study which is salah satu reason kenapa perempuan belambak ja di U

10. Baca dari no 1.

Wednesday, 15 June 2011

Assalamualaikum dan selamat Malam
hey korang.
ni entry ketiga aku setelah aku berjaya terkhatamkan ok ter ya. terkhatamnya membaca Versus karya Hlovate. aku sebenarnya agak kurang minat dengan Hlovate sebab dia punya buku bersambung-sambung. Tp aku tak rasa macam tu kalaw baca SYUD punya karya contohnya Baju Melayu Serindit hijau adalah kesinambungan untuk Untuk Awak Teja Aulia. WHY? mungkin sebab penulisan SYUD lebih relaks berbanding Hlovate but i like both sebenarnya sebab both penulis ni tak pun cerita pasal..pasal ok aku malu nak cakap tp aku rasa semua penulis novel yang lain kena minta tutorial dr dua penulis muda ni sebab buku diorang tak cakap benda-benda org buat kalaw da kawin. Ao ngan Ed'sassin contohnya tak pun diceritakan tengah buat apa pd malam perkahwinan mereka kalaw banding dengan penulis yang lain aku rasa semacam tengah baca novel 18sx pun ada.

ok back to the topic.
setelah membaca versus aku jd teruja dengan dua ayat ni:
1. changing for good is not a crime
2. love-love terbahagi kepada dua iaitu love yang akan halal dan love yang tak halal (kalaw x silap ni tajuk buku)
aku tak nak cakap pasal yang kedua tu sebab aku belom baca bukunya yang sebenar dan aku tak lalu lah nak buat spekulasi sendiri sebelum membaca sendiri. 'No blind pigging'. aku nak cakap tentang yang pertama tentang CHANGING FOR GOOD IS NOT A CRIME. yeah, this is the topic.

sekarang ni makin ramai yang membuat perubahan dari tak bertudung ke bertudung. gud job guys!!

tp masalahnya seramai mana yang berubah tu ikut syariat Islam dan berapa ramai pula yang mendalami sedalam-dalamnya tuntutan bertudung ni. bagi akulah, bertudung bukan semata-mata untuk menutup rambut tp dia semacam satu benteng daripada kita melakukan sesuatu yang buruk. Nak contoh ok aku bagi dengan senang hati... hari tu aku lepak dengan dua orang kawan lelaki, bukan. bukan lepak. atas urusan kerja dan kami merasa sangat lapar lalu singgah makan di satu kawasan yg rata-ratanya pub dan kelab dan aku sebenarnya agak bersyukur kerana orang-orang islam yang mungkin terpergi ke pub ada la peluan untuk makan yang halal lepas keluar dari tempat yang haram. masa da siap makan tu kedua-dua kawan lelaki aku ni saja nak masuk ke dalam pub dan aku pula? jangan fikir bukan-bukan, ya. aku tak masuk pun setelah memikirkan aku bertudung tak la aku nak masuk pub pla kan. now korang nampak tak yang kalaw kita da pakai tudung kita serasa macam malu ja nak buat something yang terok. . tak rasa lagi? korang baca beberapa cerita tentang kes-kes orang bertudung terselamat dr kes rogol.. cari sendiri. google sendiri.
sememangnya kita gembira ramai da yang bertudung tp ingat kalaw kita nak buat sesuatu perubahan jangan secara mendadak. mula-mula cukup sekadar shawl tu da suatu yang cukup baik. lama-lama tengok pula shawl tu nipis atau tebal. jangan mendadak teros pakai tudung bidang 60. hati kita tak ready lagi. even Islam sendiri pun secara step by step diajarkan masa mula-mula sampai...
people talk? ya, manusia memang bercakap and tak pernah berhenti bercakap apatah lagi kalaw kita melakukan sesuatu yang baik. tp since Hlovate da kata changing for good is not a crime jd korang pun tahu apa nak buat kan. tp kalaw korang da feed up sangat suruh ja dia stop .hahha. takla. korang blah ja dr sana dan biarkan dia berkata sendiri.
Ramai yang kata dugaan masa da pakai tudung ni menyakitkan. eh, sapa kata dugaan menggembirakan. dulu masa belum pakai tudung pun dugaan memang menyakitkan., kan. kan, jd walau sekuat mana pun dugaan yang datang kenalah kuatkan iman sikit. tak pa menangis-nangis pun tak pa. nanti kat akhirat takdalah nak menangis lagi. tp satu ja aku rasa kalaw da start pakai tudung jangan pula menyombong dengan kawan-kawan yang belum pakai tudung.

Rasanya untuk entri kali ni, ini ja yang mampu aku katakan.

p/s: changing for good is not a crime -Hlovate

Monday, 13 June 2011

Bila tak da duit

Assalamualaikum.

Hai. baru lagi aku post ni ada da post kali kedua. okei korang ingat aku teruja sangat nak post entry la mentang2 aku baru ja start menulis balik? okies tak ya girls and boys sekalian. aku cuma cuma sangat teruja untuk kongsi apa yang aku rasa.

Aku nak tanya korang penah tak rasa kalaw takda duit lagi hari ni masuk mungkin korang akan makan plastik mee segera rumate korang setelah berminggu-minggu korang asyik guna persahabatan untuk memohon simpati rakan tersebut. mesti pernah. okies jangan berpura-pura tak mengaku. ni perkara biasa bagi student tak tau la pla kalaw org da kerja pun masih rasa macam ni terutamanya bagi budak-budak IPG yang akan merasa keterseksaan yang melampau minggu-minggu awal semester.

Dengan mudahnya antara aktiviti yang korang akan lakukan kalaw tak da duit:
1. mata korang asyik jeling kat makanan kawan-kawan rapat korang apatah lagi kalaw rumate korang kena pula kalaw rumate korang makan something yang sedap
2. korang akan secara terpaksanya cuba menjauhkan diri dari lalu blok cafe .. haha
3. yang ni aku tak taw nak komen tp sememangnya ada pernah jumpa kawan-kawan aku dan aku tak segan nak mengaku yang aku pun pernah buat.  ha, berpuasa sunat dan kalaw pompuan yang tak habis lagi qada puasa akan qada masa tu. haha
4. sentiasa cek baki duit di ATM  kot-kotnya FAMA da masukkan elaun bulan ni.
6. yang lain aku rasa aku tak pernah buat lagi kot.


jap no.5. tertinggal:
5. paling last telefonlah penjaga-penjaga anda dan telefonlah sekerap yang mungkin. mulakan dengan ketawa yang mengada-ngada skit. jd dorang pun akan paham. tak perlu jelaskan tp masa tu aku jamin muka korang akan rasa tebal sikit dari biasa ialah da 20 tahun lebih masih minta duit.

p/s: Bulan Ramadhan da dekat. yang belom qada mehlah kita qada habis-habisan

i lovelovelove and love writing

Sebenarnya before ni aku da memang start da dengan dunia blogging ni.. tp kerana usia masih mentah masa 2 dan aku memutuskan untuk stop beberapa bulan dan tak sangka ianya menjadi beberapa tahun. Why? biarlah menjadi rahsia... huuhu. ok seyes aku x paham apa maksud 'huhu' yg selalu org letak tp aku terpaksa tulis juga 'huhu' sebab da macam x sedap bunyi ayat zaman sekarang tanpa this 'huhu'.
Sebenarnya sekali lagi, aku suka menulis. menulis and menulis. dulu aku suka membaca and yes sampai skunk pun aku masih suka membaca dan banyak blog yg aku terletak eh tak memang aku sengaja letak sebagai 'Benda wajib buat sebelum tidor'. Pada aku membaca untuk mencari sesuatu yang baru tp oleh kerana aku mula perasan yg kebelakangan ini aku macam da jumpa beberapa buah buku yg aku tak setuju dengan point2nya maka aku rasa aku nak tulis dan tulis apa yang aku rasa pula. oh ya, aku belom pegang apa-apa title untuk aku mampu tulis something tu sebabnya aku ada dekat sini.
Aku akan tulis pendapat aku. Apa yang aku rasa dan Yes aku bukanlah dari golongan blogger yang akan tulis semuanya pasal bf dia, bila date, td makan apa dan semuanya.. Nak taw kenapa, sebab aku rasa org macam tu semacam ada perasaan nak tunjuk yang dia bahagia. ok mesti bagi korang semacam jeles ja kan, ok itu pendapat korang. Mungkin betul tapi aku tak. yes. aku x jeles. haha.
Mesti korang heran kan bila aku guna Burung pipit . entah aku rasa burung pipit ni binatang yang hampir pupus even aku yang hidup di kampung ni pun jarang da nampak burung ni. Jd sebelum aku terlupa atau kot2 aku hilang ingatan suatu masa nanti dan tak tahu langsung burung ni at least nama dekat blog ni ble buat aku ingat dengan burung pipit. comel tak idea aku. ok kalaw x comel pun aku tak kisah, ni pendapat aku. Bukan korang pun. hehe.
oklah, ni ja buat kali pertama . warming up. x ble berat2 terus.. see ya.